Parameter Hiyal Dalam Kewangan Islam




Hiyal mempunyai peranan yang penting dalam kewangan Islam hari ini. Melalui aplikasi Hiyal, kebanyakan kekangan kewangan dalam produk-produk dapat di atasi. Walau bagaimanapun, penggunaan Hiyal yang keterlaluan tanpa batasan dan garis panduan yang tepat boleh membawa kepada pembatalan hukum (ibtal al-Hukm) dan ketetapan syara’. Objektif utama kertas kerja ini adalah untuk menentukan bentuk Hiyal yang dibenarkan oleh syara’ dan menggariskan beberapa parameter yang perlu digunapakai dalam aplikasi Hiyal dalam produk-produk kewangan Islam. Kertas kerja ini membincangkan secara terperinci konsep Hiyal termasuk jenis-jenisnya, petunjuk-petunjuk dan pendapat-pendapat fuqaha’ mengenai Hiyal. Kertas kerja ini juga mengetengahkan beberapa isu utama yang menjadi asas kepada pembentukan parameter Hiyal yang dicadangkan, antaranya isu motif individu (qasd al-mukallaf), objektif Syariah (qasd al-Shari‘), jalan yang digunapakai (wasa’il), kemaslahatan umum (maslahah), hukum asal (‘azimah) dan hukum yang berbentuk meringankan beban (rukhsah). Di samping itu, kertas kerja ini mencadangkan lima parameter penggunaan Hiyal yang perlu diambil kira dalam penstrukturan produk-produk perbankan dan kewangan Islam.


research-paper23.jpg

 





 

 

 


I-FIKR Sponsors