6th Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara  604

Start Date : 15th May 2012
End Date : 17th May 2012
Venue : Brunei
Country : Canada
Total participant : 0
Total Interested : 0
Institution :

default-event.png
 

Muzakarah telah menyaksikan pembentangan 1 laporan awal penyelidikan dan 11 kertas kerja oleh barisan cendekiawan Syari’ah nusantara. Sebelum bermulanya sesi pembentangan kertas-kertas kerja di bawah tema tahun ini, satu laporan awal penyelidikan Isu-isu Kecuaian (Taqṣīr) dan Pencerobohan (Taʾaddī): Jaminan dan Pengurusan Etika dalam Produk Muḍārabah dan Mushārakah’ telah dibentangkan oleh Prof.Madya Dr.Asmadi Mohamed Naim dari Universiti Utara Malaysia. Projek penyelidikan ini adalah sebagai memenuhi salah satu keputusan dalam Resolusi MCSN ke-5 yang diputuskan di Phuket pada tahun sebelumnya.

Selepas itu, sesi pembentangan kertas-kertas kerja dimulakan dengan tema Aplikasi Ijārah Mawṣūfah Fi Dhimmah Di Dalam Perbankan Dan Pasaran Modal’. Empat kertas kerja dibentang dan didiskusi di bawah tema ini. Kertas kerja pertama dan kedua bertajuk Aplikasi Ijārah Mawṣūfah Fi Dhimmah (Pajakan Hadapan) Di Dalam Perbankan’ disampaikan oleh Muhd Ramadhan Fitri Ellias, Ketua Jabatan Pengurusan Syari’ah, Maybank Islamic dan Awang Mohd Hairul Azrin Haji Besar. Kedua-dua kertas kerja ini memperincikan tentang konsep-konsep Ijārah al-Dhimmah serta mengutarakan produk-produk perbankan yang berasaskan Ijārah al-Dhimmah. Di samping itu, kertas kerja tersebut turut membahaskan isu-isu berkaitan perlaksanaannya dalam produk perbankan Islam.  

Kemudian, Muzakarah diteruskan dengan pembentangan kertas kerja kedua untuk topik Ijārah Mawṣūfah Fi Dhimmah’ oleh Dr.Yulizar D. Sanrego Nz, Anggota Kelompok Kerja Pasar Modal, Dewan Syari’ah Nasional Majelis Ulama Indonesia dengan tajuk Aplikasi Ijārah Mawṣūfah Fi Dhimmah (IMFD) dan Ijārah Al Mawjūdāt Al Mawʿud Bisti’jārihā (IMMB) dalam Pengembangan Produk Sukuk di Indonesia’. Menurut beliau, aplikasi kontrak-kontrak tersebut semakin memperkaya model-model instrumen kewangan Syari’ah sedia ada dan menjanjikan lebih kepelbagaian kepada masyarakat untuk melabur. Dalam konteks Indonesia, penggunaan akad IMMB dalam penerbitan sukuk dilihat lebih sesuai berbanding dengan akad IMFD, khususnya untuk bagi memenuhi kepentingan pemerintah.

Kemudian, pembentangan diteruskan lagi oleh Lokmanulhakim bin Hussain dari ISRA dengan tajuk Isu-isu Syari’ah dalam Ṣukūk Ijārah Muntahiyah Bi Al-Tamlīk dan Ṣukūk Ijārah Mawṣūfah Fi Dhimmah: Satu Analisa’. Institusi kewangan Islam perlu menghadapi cabaran dalam memberi respons terhadap pembiayaan projek-projek mega samada di peringkat kerajaan atau syarikat-syarikat besar. Maka, alternatif yang bercirikan Islamik perlu diterokai dan diperkenalkan kepada industri. Justeru, banyak usaha dijalankan oleh institusi-institusi kewangan Islam dan institusi-institusi kajian fiqh dalam bentuk penyelidikan untuk memperkenalkan alternatif-alternatif Islamik, yang akhirnya menyaksikan kelahiran bon-bon Islamik atau dikenali dengan ṣukūk. Oleh yang demikian, kertas kerja ini telah membincangkan dua jenis ṣukūk iaitu Ṣukūk Ijārah Muntahiyah Bi Al-Tamlīk dan Ṣukūk Ijārah Mawṣūfah Fi Dhimmah’.

Perbahasan pada hari pertama telah diakhiri dengan pembentangan oleh Dr. Abdurrahman Raden Aji Haqqi dengan kertas kerjanya yang bertajuk Aplikasi Konsep Ijārah Mawṣūfah Fi Dhimmah ( Pajakan Hadapan ) Dalam Pasaran Modal’. Kertas kerja ini telah mengupas dengan terperinci perbahasan fiqhi tentang konsep Ijārah Mawṣūfah Fi Dhimma dan aplikasi kontrak ini dalam pasaran modal. Kertas kerja ini menyarankan agar negara-negara Islam memperkukuh kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan produk-produk dalam pasaran modal agar lebih berinovasi dan berdaya saing.

Setelah selesai pembentangan semua kertas kerja, muzakarah memberi ruang kepada beberapa pendiskusi yang dijemput untuk membuat ulasan terhadap kertas kerja yang telah dibentangkan. Tiga pendiskusi untuk kertas kerja ini ialah K.H. Ma’ruf Amin (Ketua Dewan Syari’ah Nasional, Majelis Ulama Indonesia), Dato Seri Setia Haji Metussin bin Haji Baki (Brunei) and Dr. Maroning Salaming ( Thailand ).

Pada hari kedua, topik perbincangan Muzakarah  berkisar kepada Aspek Pelaburan dalam Takaful’. Beberapa kertas kerja yang menarik telah dibentangkan untuk tema ini. Kertas kerja pertama yang bertajuk Isu-Isu Investasi Dalam Industri Takaful: Pengalaman Malaysia’ disampaikan oleh Mohammad Mahbubi Ali dari ISRA. Berbanding dengan insurans konvensional yang dibangunkan atas dasar kontrak komersial (muʿāwadhat), kerangka konseptual takaful pula diasaskan berdasarkan prinsip saling menolong (taʿāwun), saling menjamin (tadhāmun) dan saling menanggung (takāful) antara satu sama lain. Kertas kerja ini telah membahaskan tentang konsep takaful, mekanisme, serta isu-isu Syari’ah dan operasi yang timbul dalam takaful di Malaysia.

Kertas kerja kedua yang bertajuk Investasi Asuransi Syari’ah Di Indonesia’ telah disediakan oleh Prof. Dr. Jaih Mubarok, Anggota Kelompok Kerja Pasar Modal, Dewan Syari’ah Nasional, Majelis Ulama Indonesia. Kertas kerja ini telah membahaskan dan menerangkan dawabit (parameter) pelaburan perusahaan insurans Syari’ah, meskipun pada dasarnya pelaburan sistem Syari’ah tidak hanya dilakukan oleh perusahaan insurans Syari’ah.

Untuk yang berikutnya, pembentangan diteruskan lagi oleh Dr. Yasmin Hanani Mohd Safian dari Universiti Sains Islam Malaysia dengan kertas kerja yang bertajuk Isu-Isu Pelaburan dalam Takaful’. Kertas kerja ini telah menyingkap sejarah industri insurans dan takaful. Selain membahaskan isu-isu pelaburan dalam takaful, kertas kerja ini turut membincangkan analisa perbahasan falsafah antara Barat dan Islam yang membawa kepada perbincangan moral dan tanggungjawab pemerintah serta individu itu sendiri.

Dua kertas kerja berikutnya yang bertajuk Aspek Pelaburan dalam Takaful’ masing-masing telah disampaikan oleh wakil pengamal industri takaful, Wan Jemizan Wan Deraman dari Takaful Ikhlas, Malaysia dan Puan Rokilah Abdul Samat dari HSBC Insurance, Singapura. Secara umumnya, objektif pelaburan dalam takaful adalah untuk melindungi modal pemegang saham dan menguatkan dana takaful disamping untuk mengekalkan kecairan serta mengoptimumkan pendapatan. Justeru, kertas kerja tersebut membahaskan topik-topik yang merangkumi konsep dan keperluan dalam pelaburan serta garis panduan berkaitan pelaburan sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sesebuah negara.

Pembentang terakhir ialah Dr. Zakariya Hama dari Universiti Islam Yala Thailand, dengan kertas kerja yang bertajuk Aspek Pelaburan Dalam Takaful: Pengalaman Produk Muang Thai Takaful Thailand’. Kertas kerja ini membincangkan tentang konsep takaful, pandangan ulama’ mengenai takaful, dan produk takaful yang ditawarkan oleh Syarikat Muang Thai Insurans. Disamping itu, terdapat juga beberapa isu Syari’ah yang telah dibahaskan iaitu isu berkenaan wakālah, muḍārabah, dan percampuran diantara wakālah dan muḍārabah.

Setelah selesai pembentangan, beberapa pendiskusi telah dijemput untuk memberi komen terhadap kertas kerja yang berkisar sekitar isu pelaburan dalam takaful. Para pendiskusi tersebut adalah terdiri daripada Dr. H. Endy M. Astiwara (Majelis Ulama Indonesia), Prof. Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid (UIAM), dan Puan Hajah Nor Hashimah binti Haji Mohd Taib (Brunei).

Setelah selesai perbincangan topik Aplikasi Ijārah Mawṣūfah Fi Zimmah dan Aspek Pelaburan dalam Takaful, draf resolusi bagi kedua-dua topik telah dirangka dan disepakati oleh ahli jawatankuasa resolusi yang dipilih.

Antara kandungan resolusi bagi topik Ijārah Mawṣūfah Fi Dhimmah ialah penetapan bahawa “Ijārah Mawṣūfah Fi Dhimmah” ialah satu instrumen yang boleh digunakan untuk melengkapkan sesuatu produk kewangan Islam. Bagaimanapun, Muzakarah menyarankan agar kajian lanjut perlu dilakukan untuk menetapkan parameter yang jelas di dalam aplikasi Ijārah Mawṣūfah Fi Dhimmah.

Muzakarah juga mencadangkan kepada pihak-pihak yang berkaitan, khususnya para penasihat Syari’ah dalam mengaplikasikan Ijārah Mawṣūfah Fi Dhimmah dalam perbankan Islam dan pasaran modal Islam memberi perhatian yang saksama terhadap isu pembinaan aset sewaan yang tidak dapat disiap dan diserahkan pada masa yang telah dipersetujui serta isu ta’wid dan gharamah yang dikenakan.

Bagi topik pelaburan dalam takaful, Muzakarah menggesa pihak yang terbabit dalam industri takaful agar berhati-hati dalam perkara berkaitan dengan urusan pelaburan/investasi. Antara saranan yang diberikan adalah seperti memastikan  pelaburan/investasi menggunakan kontrak Syari’ah, dibuat secara halal, menjauhkan yang haram dan shubhah (samar-samar), serta menjaga kepentingan tabung risiko/tabarru’.

name issn year language pages author Document
Isu-Isu Syariah Dalam Sukuk Ijarah Muntahiyah Bi Al-Tamlik dan Sukuk Ijarah Mawsufah Fi Dhimmah: Satu Analisa (Kertas Kerja) - 2012 30 Lokmanulhakim Hussain,Said Bouheraoua,Madya
Isu-Isu Investasi Dalam Industri Takaful: Pengalaman Malaysia (Kertas Kerja) - 2012 33 Mohamad Akram Laldin,Nurdianawati Irwani Abdullah,Madya
Isu-Isu Pelaburan Dalam Takaful (Kertas Kerja) - 2012 22 Yasmin Hanani Mohd Safian
Aplikasi Ijarah Mawsufah Fi Dhimmah Dan Ijarah Al Mawjudat Al Maw'ud Bisti’jariha Dalam Pengembangan Produk Sukuk Di Indonesia (Kertas Kerja) - 2012 20 Yulizar D. Sandrego
Aplikasi Ijarah Mawsufah Fi Himmah (Pajakan Hadapan) Dalam Perbankan (Kertas Kerja) - 2012 21 Mohd Hairul Azrin Haji Besar
Investasi Asuransi Syariah Di Indonesia (Kertas Kerja) - 2012 19 Jaih Mubarok
Aplikasi Ijarah Mawsufah Fi Dhimmah (Pajakan Hadapan) Dalam Perbank (Kertas Kerja) - 2012 34 Muhd Ramadhan Fitri Ellias
Aspek Pelaburan Dalam Takaful (Kertas Kerja) - 2012 28 Wan Jemizan Wan Deraman
Aspek Pelaburan Dalam Takaful: Pengalaman Produk Muang Thai Takaful Thailand (Slide) - 2012 23 Zakaria Hama
Aplikasi Ijarah Mawsufah Fi Dhimmah (Pajakan Hadapan) Dalam Pasaran Modal (Kertas Kerja) - 2012 23 Abdurrahman Raden Aji Haqqi
Aspek Pelaburan Dalam Takaful (Slide) - 2012 29 Rokilah Abdul Samat
Laporan Awal Penyelidikan Isu-Isu Kecuaian (Taqsir) Dan Pencerobohan (Ta‘Addi): Jaminan Dan Pengurusan Etika Dalam Produk Mudarabah Dan Musharakah (Kertas Kerja) - 2012 15 Asmadi Mohamed Naim,Mahyuddin Abu Bakar,Muhammad Nasri Md. Hussein,Madya,Mu
name issn year language pages author Document
Resolusi Muzakarah 2012 Malay ISRA


Comments

( No comment has been added. )