3rd Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara  369

Start Date : 25th May 2009
End Date : 26th May 2009
Venue : Jakarta, Indonesia
Country : Canada
Total participant : 0
Total Interested : 0
Institution :

3e100-isra-logo.png
 

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara merupakan persidangan tahunan yang dihadiri oleh para alim ulama, penasihat Syariah, cendekiawan Islam dan pengamal kewangan tempatan serta pakar-pakar dari seantero Nusantara dari persada kewangan Islam. Matlamat utama persidangan ini bertujuan mencetuskan persefahaman di kalangan para ulama Nusantara dalam membincangkan isu-isu kewangan Islam di peringkat Nusantara, yang terdiri dari Malaysia, Brunei, Singapura dan Thailand. Acara tahunan ini merupakan satu platform bagi para Ulama Syariah untuk berkongsi pendapat dan ilmu serta membincangkan perkembangan semasa di dalam industri kewangan Islam. Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ketiga ini akan membincangkan mengenai operasi dan instrumen perbendaharaan dalam institusi kewangan Islam. Persidangan kali ini diharapkan dapat memperhalusi operasi kewangan di dalam amalan perbankan khususnya mengenai urusan pertukaran dan perdagangan matawang. Antara isu yang dikenalpasti termasuklah berkenaan dengan pemilikan (qaba) dan transaksi penerimaan secara spot . Isu kedua akan membahaskan tentang amalan swap atau pertukaran transaksi dari kadar yang tidak tetap (floating rate) kepada kadar yang tetap (fixed rate) atau sebaliknya. Isu-isu Syariah akan dikupas secara mendalam oleh para pembentang kertas kerja yang terdiri dari pengamal perbankan Islam serta para ulama seantero Nusantara. Adalah diharapkan bahawa persidangan ini akan memberi manfaat kepada seantero Nusantara kearah sistem yang lebih Islamik dan dinamik bertepatan dengan kehendak Syariah dan Maqasid al Syariyyah.



Comments

( No comment has been added. )