9th Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara  265

Start Date : 10th June 2015
End Date : 11th June 2015
Venue : Jakarta, Indonesia
Country : Indonesia
Total participant : 0
Total Interested : 0
Institution : 2. International Shariah Research Academy for Islamic Finance - ISRA

961a3-mcsn9.png
 

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara (MCSN) yang bertemakan “Inovasi Produk Kewangan Islam Kontemporari ke Arah Pembangunan Sosio-ekonomi Ummah ” bakal memberi fokus kepada isu-isu kewangan semasa berkaitan dengan “Pembiayaan Semula dan Penstrukturan .“Semula” (Refinancing & Restructuring) dan “Aplikasi Hajah dalam Produk-produk Inovatif.

Umum mengetahui bahawa penstrukturan semula pembiayaan adalah salah satu inisiatif yang biasanya diambil oleh insititusi kewangan Islam bagi memudahkan pelanggan melunaskan hutangnya. Namun begitu, terdapat beberapa isu Syariah dalam amalan penstrukturan semula pembiayaan yang memerlukan perbahasan dan perbincangan mendalam oleh pakar-pakar Syariah dan pengamal-pengamal kewangan Islam berpengalaman. Isu-isu tersebut adalah seperti perlanjutan masa pembayaran hutang melalui mekanisme tertentu seperti melalui kontrak baharu yang mengakibatkan penambahan jumlah hutang dan isu qalb al-dayn yang masih diperselisihi oleh para ulama. Konsep “al-hajah tanzil manzilah al-darurah” juga perlu dibahaskan bagi mendapat pencerahan sama ada aplikasinya dalam produk-produk inovatif kewangan Islam masa kini menepati maksud sebenar kaedah fekah tersebut. Ternyata kebanyakan pihak menjadikan alasan “al-hajah tanzil manzilah .al-darurah” sebagai asas untuk membenarkan produk-produk inovatif sebagai alat kewangan yang patuh Syariah.

Muzakarah ini agak berbeza formatnya daripada tahun-tahun yang lalu dengan menyediakan ruang perbincangan untuk penerokaan produk kewangan Islam baru yang berasaskan ekuiti dan berteraskan pembangunan sosial. Muzakarah kali ini akan menyediakan satu sesi perkongsian melibatkan pengamal-pengamal kewangan Islam berpengalaman berkenaan produk-produk kewangan Islam berasaskan ekuiti dan pembangunan sosial yang ditawarkan. Sesi perkongsian pengalaman seperti ini diharapkan boleh menjadi perangsang kepada inovasi dalam produk-produk tersebut. Di samping itu, Muzakarah juga menyediakan wadah bagi para akademik mengetengahkan idea-idea melalui pembentangan kertas kerja yang bermutu. Diharapkan sesi Muzakarah pada kali ini akan menghasilkan resolusi yang merupakan titik persefahaman serantau dan menjadi pemangkin kepada industri kewangan Islam, seterusnya menyumbang ke arah pembentukan satu sistem .yang lebih dinamik dan lebih berupaya memenuhi keperluan masyarakat Nusantara 

 

 

name issn year language pages author Document
Prinsip Hājah yang Diberikan Kedudukan Darūrah dan Aplikasi dalam Kewangan Islam 2015 Lokmanulhakim Hussain
Konsep Hājah dan Aplikasinya dalam Produk Kewangan Islam: Pengalaman Bank Islam Brunei Darussalam 2015 Abdul Nasir Abdul Rani
Peranan Institusi Perbankan Islam Dalam Pelestarian Wakaf 2015 Mohd Hafiz Fauzi
Conflict of Law or Rules of Mutually Complimentary? 2015 English Mohamad Atho Mudzhar,Muhammad Maksum
Akaun Pelaburan Terhad (RIA) bagi Tujuan Agenda Memperkasakan Ekonomi Bumiputera 0 2015 Mohamad Hud Saleh Huddin
Urgensi Partipasi Masyarakat Dalam Penghimpunan Dana Perbankan Syariah Dan Sharia Issues In Refinancing & Restructuring 2015 Muh. Anwar Ibrahim
The Concept Of Qalb Al-Dayn And Its Current Applications In Islamic Financial Institutions: A Preliminary Overview 2015 English Aznan Hasan
Parameter Fi dan Caj Dalam Produk Kewangan Islam 2015 Mohamed Fairooz Abdul Khir
Al-Hajah allati Tanzilu manzilata adh-dharurah Dan Penerapannya Dalam Ekonomi Syariah 0 2015 Oni Sahroni
Isu-Isu Syariah Dalam Pembiayaan Dan Penstrukturan Semula 2015 Engku Rabiah Adawiah Engku Ali
Resolusi Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-9 2015 ISRA
Relevansi dan Upaya Pengembangan Asuransi Mikro Syariah di Indonesia 2015 Moch. Muchlasin
Sharia Issues In Refinancing & Restructuring 2015 Fathurrahman DJamil
Produk Berasaskan Equiti dan Pembangunan Sosial-Kaedah Wakaf 2015 Shamsiah Abdul Karim
Pembiayaan Rumah –Musyarakah Mutanaqisah 2015 Arabic Adinah Jamudin
The Importance of Islamic Social Finance (ISF) Sector in the National Socio Economic Development 2015 English Irfan Syauqi Beik
Micro Takaful In Indonesia 2015 English Srikandi Utami
Products Based Microfinance with Indonesia Companies One Village One BMT (IMF) 2015 English Aries Muftie
Pembiayaan Mikro (Micro Financing) Brisyariah 2015 Muhammad Gunawan


Comments

( No comment has been added. )