Start Date : 3rd July 2018
End Date : 4th July 2018
Venue : Duang Jitt Resort & Spa, Phuket, Thailand
Country : Thailand
Total participant : 1
Total Interested : 6
Institution : 2. International Shariah Research Academy for Islamic Finance - ISRA
Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara edisi ke-12 (MUZAKARAH-12) merupakan program tahunan anjuran Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA). Pada tahun ini, MUZAKARAH-12 bertemakan “Ke Arah Pelaksanaan Optima dalam Pengiraan Zakat dan Proses Tuntutan Hutang”.
MUZAKARAH-12 bertujuan menghimpunkan para alim ulama, penasihat Syariah, tokoh akademik, pengamal industri serta pihak yang terlibat dalam industri kewangan Islam di rantau Nusantara yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan Thailand. Penglibatan mererka sama ada sebagai pembentang kertas kerja, pendiskusi atau peserta adalah untuk membincangkan secara mendalam metodologi-metodologi pengiraan zakat institusi kewangan Islam serta praktis yang diamalkan oleh institusi-institusi perbankan Islam dan syarikat-syarikat pengendali Takaful.
MUZAKARAH-12 juga bertujuan mewujudkan kerjasama dan persefahaman yang erat secara berterusan dalam kalangan cendekiawan Syariah Nusantara berhubung hal ehwal kewangan Islam.
Adalah menjadi harapan pihak ISRA agar MUZAKARAH-12 terus berfungsi sebagai wadah bagi para cendekiawan Syariah dan semua pihak yang terlibat dengan kewangan Islam di Nusantara untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran masing-masing bagi tujuan mencapai satu persepakatan dalam mewujudkan Resolusi MUZAKARAH-12 secara bersama. Moga dengan persepakatan tersebut dapat mengukuhkan dan mengembangkan lagi kewangan Islam di rantau Nusantara.
name | issn | year | language | pages | author | Document |
---|---|---|---|---|---|---|
Resolusi MUZAKARAH-12 | 2018 | Malay | International Shariah Research Academy for Islamic Finance - ISRA |