Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara kali ke-13 (MUZAKARAH-13)  1831

Start Date : 23rd July 2019
End Date : 24th July 2019
Venue : The Rizqun International Hotel, Gadong, Brunei Darussalam
Country : Brunei
Total participant : 5
Total Interested : 1
Institution : International Shariah Research Academy for Islamic Finance - ISRA, Sultan Sharif Ali Islamic University - UNISSA
Url : https://muzakarah.isra.my/

f29e5-muzakarah-2019.jpg
 

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara kali ke-13 (MUZAKARAH-13) merupakan program tahunan anjuran Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA). Pada tahun ini, MUZAKARAH-13 akan dianjurkan bersama dengan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pada 23-24 Julai 2019 bersamaan 20-21 Zulkaedah 1440H di The Rizqun International Hotel, Gadong, Negara Brunei Darussalam. Dalam usaha untuk mengekalkan semangat MUZAKARAH seperti tahun-tahun sebelumnya, MUZAKARAH-13 mengetengahkan tema “Sinergi Antara Institusi Kewangan Islam dan Obligasi Sosial: Isu dan Halatuju” yang merupakan kesinambungan kepada perbincangan MUZAKARAH-12 yang diadakan di Hotel Duangjitt Resort & Spa, Phuket, Thailand pada 3-4 Julai 2018 bersamaan 18-19 Syawwal 1439H. Terdapat pelbagai isu Syariah yang perlu diteliti khususnya berkaitan dengan zakat dan dana sosial dalam sistem kewangan Islam.

 

Justeru, MUZAKARAH-13 akan memperuntukkan satu sesi khas berkaitan ‘Pelunasan hutang tertunggak pelanggan bank melalui dana zakat, dana kebajikan (charitable fund) dan dana penyucian (purification fund)’. Sesi ini akan memberi peluang kepada para ulama, cendekiawan dan pengamal kewangan Islam untuk mengupas dan membahaskan isu ini dengan lebih mendalam dan seterusnya mencapai kata sepakat dalam penetapan hukum Syarak. Di samping itu, terdapat satu sektor dalam kerangka kewangan Islam yang kurang ditekankan dalam aspek perbincangan zakat iaitu pasaran modal Islam. Seperti sedia maklum, pasaran modal Islam merupakan satu sektor penting dengan potensi pungutan zakat yang sangat besar. Oleh itu, satu analisis Syarak yang komprehensif perlu dilakukan oleh pakar-pakar kewangan Islam bagi memberikan penetapan hukum zakat terhadap instrumen-instrumen kewangan tersebut. Isu-isu seperti instrumen kewangan yang dibeli untuk didagangkan dalam jangkamasa pendek (short-term trading) atau untuk menikmati keuntungan dan dividen menerusi dagangan jangka masa panjang (long-term investment) perlu diteliti bagi menetukan kewajiban zakat ke atasnya.

 

Senarai Video Muzakarah Lepas

MUZAKARAH PAUTAN / URL
Muzakarah-12 / 2018

Sesi 1: https://ifikr.isra.my/videos/view/117

Sesi 2: https://ifikr.isra.my/videos/view/121

Sesi 3: https://ifikr.isra.my/videos/view/124

Sesi 4: https://ifikr.isra.my/videos/view/120

Resolusi: https://ifikr.isra.my/videos/view/118

   

 

name issn year language pages author Document
Kajian Susulan -Penggunaan Dana Zakat, Dana Wakaf, Dana Kebajikan (Charitable Fund) dan Dana Penyucian (Purification Fund) bagi Melangsaikan Hutang Tertunggak (Outstanding Debt) Pelanggan Bank 2019 Malay Mohammad Mahbubi Ali
Kajian Susulan -Penggunaan Dana Zakat, Dana Wakaf, Dana Kebajikan (Charitable Fund) dan Dana Penyucian (Purification Fund) bagi Melangsaikan Hutang Tertunggak (Outstanding Debt) Pelanggan Bank 2019 Malay Noraini Binti Haji Buntar
Pelarasan (Adjustment), Peruntukan (Provision) dan Rizab (Reserve) dalam Pengiraan Zakat di Institusi Perbankan Islam 2019 Malay Munawwaruzzaman Mahmud
Pelarasan (Adjustment), Peruntukan (Provision) dan Rizab (Reserve) dalam Pengiraan Zakat di Institusi Perbankan Islam 2019 Malay Burhanuddin Lukman
Pelarasan (Adjustment), Peruntukan (Provision) dan Rizab (Reserve) dalam Pengiraan Zakat di Syarikat Takaful 2019 Malay Ahmad Fadhil Hamdi Mohd Ali
Pelarasan (Adjustment), Peruntukan (Provision) dan Rizab (Reserve) dalam Pengiraan Zakat di Syarikat Takaful 2019 Malay Dr. Mohamed Hadi Bin Abd Hamid
Zakat ke atas Instrumen Kewangan Islam: Obligasi dan Pengiraan 2019 Malay Mohamed Fairooz Abdul Khir
Zakat ke atas Instrumen Kewangan Islam: Obligasi dan Pengiraan 2019 Malay Ezry Fahmy Eddy Yusof
Zakat ke atas Instrumen Kewangan Islam: Obligasi dan Pengiraan 2019 Malay Engku Rabiah Adawiah Engku Ali
name issn year language pages author Document
Resolusi Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara Kali Ke-13 2019 Malay 7 International Shariah Research Academy for Islamic Finance - ISRA


Comments

( No comment has been added. )