Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara kali ke-14 (MUZAKARAH-14)  61

Start Date : 13th October 2020
End Date : 14th October 2020
Venue : Online
Country : Malaysia
Total participant : 1
Total Interested : 0
Institution : International Shariah Research Academy for Islamic Finance - ISRA
Url : https://if360.isra.my/muzakarah-14

53e0a-mcsn14.jpg
 

Tema: Kewangan Islam Kontemporari: Refleksi & Inovasi

 

 

Pengenalan

Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara kali ke-14 (MUZAKARAH-14) merupakan program tahunan anjuran Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA). Dalam usaha untuk mengekalkan semangat MUZAKARAH seperti tahun-tahun sebelumnya, MUZAKARAH-14 mengetengahkan tema Kewangan Islam Kontemporari: Refleksi & Inovasi. MUZAKARAH-14 mempunyai objektif seperti berikut:

 

  • Menyediakan satu platform bagi membina perbincangan dan diskusi yang dinamik antara pihak yang berkepentingan dalam institusi kewangan Islam, khususnya para cendekiawan Syariah dan pengamal industri di Nusantara;
  •  Memupuk persefahaman, kerjasama serta sifat hormat menghormati daripada kalangan cendekiawan Syariah di Nusantara, justeru mengangkat dan mengembangkan potensi industri kewangan Islam di rantau ini;
  • Melontar dan membahas isu-isu Syariah semasa yang dihadapi oleh industri kewangan Islam, khususnya dalam produk-produk inovasi dalam kewangan Islam, kad kredit Islam serta model leverage dalam subsidiari perbankan Islam; dan
  • Membincangkan perkembangan serta isu-isu Syariah dalam inovasi teknologi kewangan (Fintech) bagi negara-negara serantau di Nusantara.

 

Sehubungan dengan itu, MUZAKARAH-14 akan menghasilkan sebuah resolusi yang akan dibawa pulang oleh delegasi daripada setiap negara serantau untuk dijadikan rujukan serta diimplimentasi di negara masing-masing bagi mengukuhkan sistem kewangan Islam di rantau Nusantara.



Comments

( No comment has been added. )