Isu dalam Kad Kredit Islam Berasaskan Ujrah

 87
Author: Safie Fozi
Year: 202


Abstrak
Kad Kredit kini bukan lagi barang mewah yang hanya boleh dimiliki oleh golongan elit untuk memenuhi gaya hidup mewah, sebaliknya telah menjadi keperluan setiap lapisan masyarakat. Kad Kredit membolehkan Pemegang Kad mengoptimumkan penggunaan tunai yang ada ditangan, untuk tujuan yang lebih memberikan manfaat selain daripada digunakan untuk membeli barangan/servis secara tunai terutamanya untuk pembelian barangan/servis yang bernilai tinggi. Kewujudan Skim Bayaran Ansuran Mudah dalam Kad Kredit pula ternyata telah memberi nilai tambah kepada Kad Kredit. Ianya memberi ruang untuk tunai ditangan bertahan lebih lama sekurang-kurangnya dari 3 bulan sehingga 3 tahun. Malah Kad Kredit dianggap sebagai kemudahan tunai sementara yang percuma untuk golongan usahawan dan professional. Walaupun percambahan e-tunai dalam era digital ini, ianya tidak menjejaskan pertumbuhan Kad Kredit kerana permintaan terhadap Kad Kredit sentiasa bertambah saban tahun. Namun begitu, kebolehpasaran dan pegangan pasaran Kad Kredit Islam masih terlalu rendah berbanding pegangan pasaran Kad Kredit Konvensional. Kenaikan pegangan pasaran dibawah paras 1% sahaja setiap tahun juga sesuatu yang perlu diambil berat. Justeru, fokus penulisan ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan pandangan sebagai pengamal industri, tentang isu-isu Syariah terutamanya dan bagaimana praktisnya untuk mengharmonikan kehendak semua pihak yang terlibat, dalam menawarkan Kad Kredit Islam yang mampu bersaing dengan konvensional. Harapan daripada penulisan ini adalah agar semua pihak dapat bersama-sama menggembleng tenaga, masa dan ilmu untuk menambah baik struktur sedia ada mahupun mencipta struktur yang baru agar dapat mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada pada struktur sedia ada.


 

user_id not set
bool(false)
string(1) "0"

 

Unfortunately your account does not have the necessary access level to continue. We would like to suggest that you upgrade account to enjoy more benefits on this website.


Comments

( No comment has been added. )

 

ADVERTISEMENT