Takaful Pasca-bayar Satu Penilaian Syariah

 75
Year: 2020


Pendahuluan
Di dalam amalan insuran komersil yang biasa, pemegang polisi (policy holders) perlu membayar premium sebelum perlindungan diberikan kepadanya. Premium yang dibayar oleh semua pemegang polisi akan digunakan oleh syarikat insuran untuk membayar tuntutan insuran dan juga untuk menampung kos operasi. Amaun yang berbaki adalah pendapatan dan keuntungan untuk syarikat. Di dalam produk insuran komersil, kebiasaannya amaun yang berbaki ini tidak dipulangkan dan tidak dikongsikan dengan pemegang polisi.
Begitu juga bagi insuran bersama (mutual insurance) dan insuran rakan-ke-rakan (peer-to-peer insurance / P2P), anggotanya perlu membayar satu amaun yang ditetapkan ke dalam suatu tabung. Tabung ini akan digunakan untuk membayar sebarang tuntutan. Amaun yang berbaki boleh dipulangkan kepada para anggota setelah tamat program perlindungan.

Ada suatu bentuk insurans mutual yang baru diperkenalkan. Ia bukan sahaja berbeza dari insurans komersil, bahkan ia juga berbeza dari insurans bersama dan insurans rakan-ke-rakan. Ia berbeza kerana premium tidak akan dibayar dahulu oleh anggota. Tiada tabung yang akan mengumpulkan premium yang dibayar. Premium hanya akan dikutip pada hujung pusingan bulanan (end of monthly cycle). Jumlah tuntutan perlindungan insurans akan dikongsi bersama dengan semua anggota. Premium yang dikutip adalah sekadar untuk menampung jumlah tuntutan bagi bulan terdahulu, serta upah kepada pengendali insurans dan cukai kerajaan. Oleh itu, amaun premium pasca-bayar ini akan berbeza di antara suatu bulan dan bulan yang lain, selari dengan jumlah tuntutan pada bulan tersebut.
Kertas kajian ini akan menganalisa dari sudut Syariah sejauh mana kesesuaian model insurans bersama ini untuk dijadikan sebagai model baharu bagi takaful. Objektifnya ialah untuk mengkaji sama ada ciri-ciri insurans ini adalah patuh Syariah. Kertas ini juga akan memberikan beberapa saranan untuk perlaksanaan.
Kandungan kertas ini terbahagi kepada tiga bahagian dan diakhiri dengan kesimpulan dan cadangan. Bahagian pertama akan membentangkan ciri-ciri utama model insurans ini melalui kajian terhadap satu syarikat yang terdapat di dalam pasaran. Bahagian kedua akan membuat perbandingan di antara insurans ini dengan model takaful prabayar yang biasa. Bahagian ketiga akan membuat penilaian dari aspek Syariah.


 

user_id not set
bool(false)
string(1) "0"

 

Unfortunately your account does not have the necessary access level to continue. We would like to suggest that you upgrade account to enjoy more benefits on this website.


Comments

( No comment has been added. )

 

ADVERTISEMENT