Analisis Kewajipan Zakat Emas Terhadap Pelaburan Emas di Malaysia

 3797



Kewajipan mengeluarkan zakat emas secara umumnya dinaskan di dalam al-Quran, Sunah dan ijmak. Pada hari ini, sesetengah masyarakat Islam yang terlibat dalam pelaburan emas mula menimbulkan isu kewajipan zakat emas terhadap pelbagai jenis pelaburan emas yang ada di pasaran. Ini kerana pelbagai pelan dan produk pelaburan diperkenalkan oleh syarikat-syarikat pelaburan emas, dan bermacam-macam-macam teknik digunakan oleh pelabur untuk memaksimumkan keuntungan melalui pelaburan emas.

Kertas kajian ini ditulis dengan objektif untuk mengenal pasti status kewajipan zakat emas terhadap beberapa produk, pelan, teknik dan bentuk pelaburan emas yang dijalankan di Malaysia. Secara umumnya, jenis-jenis pelaburan yang terlibat dalam kajian ini meliputi pelaburan emas fizikal, emas akaun, dan emas maya.

Kajian ini distukturkan kepada lima bahagian. Fokus perbincangan akan diperincikan dalam Bahagian 2, 3 dan 4. Bahagian 2 akan menjelaskan secara umum berkenaan jenis pelaburan emas yang dijalankan di pasaran. Bahagian 3 yang merupakan inti pati utama kertas kajian ini akan menjelaskan status kewajipan zakat terhadap bentukbentuk pelaburan emas di Malaysia yang patuh syariah dengan memperincikan bentuk-bentuk pelaburan yang biasa dijalankan dan membuat analisis fiqah berkenaan kewajipan zakat. Bahagian 4 pula akan menjelaskan status kewajipan zakat dalam pelaburan emas tidak patuh syariah.

Salah satu bentuk pelaburan emas ialah menjadikan emas sebagai item perniagaan yang dibeli dengan tujuan untuk dijual kembali dan mendapat keuntungan sama ada melalui perbezaan harga jual dan harga beli atau dengan kenaikan harga ketika jual. Jika emas mencukupi syarat barang perniagaan (urud tijarah), hukum zakatnya sama seperti hukum zakat bagi pengurup wang, dengan mengambil pandangan majoriti bahawa pengurup wang dikenakan zakat. Kadar zakat yang dikenakan ialah kadar zakat perniagaan iaitu sebanyak 2.5%. Nilai emas hendaklah dikira pada akhir haul iaitu waktu wajib zakat.


research-paper53.jpg

 

 

Unfortunately your account does not have the necessary access level to continue. We would like to suggest that you upgrade account to enjoy more benefits on this website.

 


Comments

( No comment has been added. )

 

ADVERTISEMENTS

 

 


I-FIKR Sponsors