Zakat harta di Melaka meningkat lebih RM62.9 juta

Institution : Bank Pembangunan Malaysia
26 October, 2018      478

 

 

MELAKA - Kutipan zakat harta di Melaka mencatatkan peningkatan kepada lebih RM62.9 juta bagi tempoh Januari hingga 24 Oktober berbanding RM62.32 juta dalam tempoh yang sama pada tahun sebelum ini.

Zakat Melaka (ZM) dalam kenyataan hari ini memberitahu dalam tempoh yang sama tahun ini, bilangan pembayar zakat juga menokok sebanyak 2.19 peratus kepada 586,061 orang daripada hanya 573,483 dalam tempoh sama pada tahun lepas.

Zakat pendapatan mencatat kutipan tertinggi iaitu lebih daripada RM38.27 juta dengan seramai 33,320 pembayar zakat manakala kutipan terendah melibatkan zakat pertanian iaitu RM24,221 dengan 84 pembayar zakat.

Selain itu, zakat wang simpanan sebanyak RM10.52 juta telah dibayar oleh 5,725 pembayar, zakat perniagaan sebanyak RM12.83 juta telah dilunaskan oleh 1,775 peniaga, zakat saham berjumlah RM693,614.41 dibuat melalui 352 pembayar.

Kenyataan tersebut telah diedarkan pada Majlis Penyerahan Zakat Agensi Korporat, yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka Adly Zahari  di Ayer Keroh hari ini, bagi zakat emas dan perak pula, sebanyak RM523,139.93  direkodkan dengan 837 pembayar, manakala, zakat ternakan adalah berjumlah RM30,715 dengan 21 pembayar.

Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Datuk Yaakub Md Amin dan Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil.

Pada  majlis itu, sebanyak 15 agensi korporat menyerahkan zakat berjumlah RM2.21 juta kepada Adly.

Agensi korporat berkenaan ialah Bank Pembangunan Malaysia Berhad dengan bayaran zakat RM500,000; QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd (RM309,239.90); Fazil Agency (RM300,199); Telekom Malaysia Berhad (RM249,008); Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (RM200,000); Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd (RM150,000) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (RM139,071.13)

Turut membayar ialah Rakyat Holdings Sdn Bhd (RM100,000), Rural Capital Berhad (RM53,008); Koperasi Co-Opbank Persatuan Malaysia Berhad (RM51,985.50); Tekun Nasional (RM49,663); Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (RM37,419), Melaka Sentral Sdn Bhd (RM35,000); Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad (RM20,000) dan Sinar Haemodialysis Sdn Bhd (RM18,000).- Bernama


Original Source: http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/zakat-harta-di-melaka-meningkat-lebih-rm62-9-juta-1.896468


Comments

( No comment has been added. )